Thursday, January 29, 2009

karangan 2

Sepatu Merah


Hari ini ialah hari lahir saya.Ibu bapa saya telah membuat keputusan untuk menyambut hari lahir saya di taman East Coast.Mereka juga mengajak saudara-mara dan kawan-kawan mereka untuk menyambut hari lahir saya.Apabila,semua orang sedang menyambut hari lahir saya,saya teringat tentang peristiwa yang berlaku pada tahun yang lalu.Pada hari jadi saya yang lalu,ada peristiwa yang buruk yang berlaku.Peristiwa itu sungguh menyedihkan saya dan tidak boleh saya dapat melupai.

Pada tahun yang lalu,saya menyambut hari lahir saya dengan rakan-rakan saya di taman Pasir Ris.Ibu bapa saya memeberikan izin kepada saya untuk menyambut hari jadi dengan kawan-kawan.Kita pergi ke taman pasir ris kerana suasana di sana baik dan ia gerek di sana.Kawan baik saya Syafie,Alif,Hafiz,Hakim dan Saiful semua tiba ke tempat itu cepat-cepat.Mereka datang dan memberikan saya hadiah untuk hari jadi saya.Saya berasa gembira.Tetapi saya sedang tunggu untuk lagi satu oranG.Dia ialah penting kepada saya.Dia ialah Yusof.Yusof ialah rakan yang paling baik untuk saya.Saya telah belajar bersama dia dari darjah tiga.Selepas lima minit,Yusof sampai.Dia juga membawa hadiah.Saya berasa sungguh gembira.Saya bercakap-cakap dengan Yusof sampai jam sudah sedia untuk potong kek..Semua sudah menyediakan kek.Sekarang saya perlu potong kek itu sahaja.Selepas saya potong kek pada kali yang pertama,saya memberi kek itu kepada Yusof.Yusof pun makan.Selepas makan kek dan semua,semua orang main-main di taman itu.Semua orang telah gembira dengan parti hari jadi saya.Parti habis pukul 10pm.semua pun berjalan dari tempat itu.

Saya balik dengan Yusof selepas parti itu.Kita bercakap-cakap sampai berjalan ke perhentian bus.Apabila saya sedang menunggu bas,Yusof memberitahu saya yang dia mahu pergi ke kedai mama yang ialah di belakang bus stop.Dia perlu berlintas.Apabila sedang berlintas,dia dilanggar oleh sebuah kereta.Saya terperanjat.Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat.Saya cepat angkat tangan untuk teksi.Dengan segera,kita bawa dia ke hospital.Di hospital,doktor memanggil ibu bapa Yusof dan ibu bapa saya.Semua orang tiba selepas setengah jam.Selepas memeriksa Yusof,doktor memberitahu kita yang Yusof telah meninggal duniA.Ibu bapa Yusof menangis.Saya berdiri di sana terperanjat..Saya tidak boleh cakap satu perkataan pun.Saya menangis sampai tidak boleh berhenti.Keesokkan hari,semua orang pergi ke kubur Yusof dan tanamkan dia.Saya pun ikut.Saya amat sedih.

Selepas beberapa hari,saya pergi buka hadiah saya.Saya membuka hadiah yang Yusof membelikan untuk saya.Selepas saya buka,saya melihat yang Yusof telah membelikan saya sebuah kasut NIKE yang berwarna merah.Saya pernah bilang Yusof yang kasut itu ialah pilihan saya.Dari hari yang Yusof mati,saya telah menyimpan kasut itu sebagai untuk mengingat Yusof.Saya akan menyimpan kasut merah itu supaya tidak melupakan Yusof dan kasut itu ialah hadiah yang terbesar untuk saya.

Tuesday, January 27, 2009

Karangan

Ting!Ting!Ting!loceng sekolah sudah berbunyi.Saya dan Ruhaizad pergi ke kantin untuk berbincang mana kita boleh pergi untuk berlepak.Kita dua ingin pergi ke junction 8 atau amk hub untuk makan.Apabila kita mahu berbincang,saya dan Ruhaizad melihat rakan-rakan sedarjah kita sedang bermain bola sepak di padang.Selepas melihat rakan-rakan kita bermain bola sepak,saya dan Ruhaizad tidak berterus dengan berbincangan kita.Dengan segera,kita lari ke padang.

Kita cepat meminta izin rakan-rakan untuk bermain bola sepak bersama mereka.Mereka juga memberikan kita izin untuk bermain.Selepas itu,kita membina dua pasukan.Satu pasukan perlu ada sebelas orang.Saya dan Ruhaizad adalah dalam pasukan yang sama.Nama pasukan kita ialah MUFC.Kapten pada pasukan kita ialah Hakim.Hakim ialah ketua kelas juga.Dengan segera,kita bermulakan permainan kita.

Pasukan ATFC adalah pasukan yang kita akan berlawan.Pasukan ATFC yang memulakan permainan itu.Pasukan ATFC ada permainan bola sepak yang sungguh baik seperti Syafie,Hafiz dah Alif.Saya dan Ruhaizad takut untuk berlawan dengan pasukan pasukan ATFC kerana kita takut yang kita akan kalah.Tetapi,kita bemain sahaja.Dalam 15 minit,pasukan saya telah memberi pasukan ATFC satu gol.Hafiz telah dapat bola dari Alif dan selepas itu dia menendang bola dengan kuat.Bola itu dapat masuk dalam kaki pengawang kita,Saiful.Kita terlalu sedih untuk concede satu gol.Selepas itu,kita bercuba untuk dapat satu gol tetapi tidak pengawang ATFC syafie telah main bagus.Pada minit ke akhir,saya ada satu opportuniti untuk gol.Hakim telah memberikan bola kepada saya dengan teknik cantik.Saya telah bermuka dengan Syafie sahaja.Apabila saya mahu tendang,Alif telah main ganas.Dia tolak saya ke bawa dengan kuat.Saya jatuh dengan suara "bang".Kepala saya rasa sungguh sakit n mabuk selepas itu.Kaki saya juga luka.Dengan segera,Ruhaizad berlari ke arahan saya.Dia bertanya sayA"Firdaus,bangun!bangun!"dengan suara yang takut.Dia tolong membawa saya ke bilik guru untuk merawatkan kepala saya dan juga kaki saya.Ruhaizad telah memanggil Cikgu Yusof untuk tolong.Cikgu Yusof tolong menelefon ambulans..Saya dihantarkan ke hospital.Doktor merawati saya.Selepas merawati saya,dia menyuruh saya tinggal di sana untuk tiga hari.Keesokkan har,Ruhaizad dan keluarganya datang melawati saya.Saya sungguh bergembira..Dia ialah rakan saya yang baik.

Saya telah belajar erti persahabatan daripada peristiwa saya yang berlaku di padang.Ruhaizad telah bertolong saya banyak kali.Dia telah tolong saya apabila yang sedan mabuk dan sedang menjerit untuk tolong.Dia juga tolong memegang kepala saya dan taruk ointment.Di sekolah juga,dia tolong saya dalam pelajaran saya seperti matematik dan sains.Saya sungguh bernasib untuk mendapat satu sahabat seperti Ruhaizad.

Tuesday, August 12, 2008

karangan

Pada zaman moden ini,ramai remaja suka mengguna lelaman internet.Remaja suka menggunakan lelaman internet untuk bermain permainan kereta atau bola.Mereka juga menggunakan lelaman internet untuk membuat kerja sekolah mereka atau projek yang diberikan oleh guru-guru mereka.Tetapi ada juga lelaman internet yang tidak seronok.Ibu bapa harus mendapat tahu apa yang anak mereka buat di sekolah dan juga di luar sekolah kerana kawan-kawan mereka yang suka mengaruh remaja untuk pergi ke lelaman yang tidak seronok.

Remaja sekarang dapat pergi ke banyak lelaman internet yang baru seperti msn,frienster,facebook dan sebagainya.Dengan melihat lelaman-lelaman ini,mereka akan dapat mengemui orang-orang baru dan juga mereka tidak akan berkenal manusia itu.Kalau orang itu berjumpa dengan kita di luar,ia boleh membawa masalah.Ia akan dapat rogol.

Kalau remaja menggunakan lelaman internet untuk main permainan kereta di miniclip atau di lelaman permainan,mereka tidak akan fokus di pelajaran mereka dan ia akan membuat mereka tidak dapat lulus peperiksaan mereka.

Untuk menjadi seorang penguna internet yang baik,kita terdapat banyak cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa,guru-guru dan oleh orang tua.Cara pertama ialah ibu bapa perlu memberikan anak mereka menggunakan komputer di rumah.Dengan itu,anak mereka akan jadi gembira dan juga ibu bapa boleh melihat apakah lelaman internet yang anak mereka sedang melihat.

Cara kedua ialah guru-guru perlu memberitahu remaja tentang kebaikan dan keburukan menggunakan lelaman internet.Dengan ini remaja akan tahu apa yang lelaman internet yang mereka boleh melihat.Remaja perlu diajar ini supaya mereka tidak akan melihat video lucah.Video lucah ialah sesuatu lelaman yang ialah tidak sesuai untuk remaja.Ia ajarkan banyak benda yang tidak seronok.

Cara ketiga adalah untuk ajar remaja bagaimana menggunakan e-mel.Remaja tidak boleh menghantar virus kepada lain orang.Ia ialah ialah satu perkara yang tidak baik.Remaja boleh hantar e-mel seperti kad hari kejadian kawan mereka atau hari ibu.

Inilah cara-cara yang boleh kita boleh menggunakan untuk menjadi seorang pengguna internet yang bertanggungjawab.Remaja perlu tahu apakah yang kebaikan dan keburukan internet dengan menemui ibu bapa atau guru-guru mereka.Kita semua perlu harus bekerja bersama untuk menjadi seorang penguna internet yang bertanggungjawab.

Tuesday, July 22, 2008

Gasing
Permainan gasing memeerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia dimainkan selepas musim menuai.


Di pantai Barat Semenanjung gasing yang dimainkan adalah dari jenis yang kecil yang mempunyai banyak bentuk.
Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah. Pemusing akan
memusingkan empat buah gasing dalam bulatan. Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang permainan maka ia pula akan menjadi pemusing.
Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.

Saya suka main gasing dengan kawan-kawan saya.Gasing ialah sesuatu permainan yang mudah untuk main.
Congkak
Permainan congkak memerlukan dua orang pemain. Papan congkak dipernuat dari kayu yang berukuran 80cm panjang dan 18 cm lebar. Kadang-kadang papan congkak ini diukur dengan ukiran yang indah.
Papan congkak mengandungi 14 libang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan juga oleh wanita .

Cara bermain ialah;
Pusingan pertama:

(a) Kedua-dua pemain memulakan permainan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan
seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-m,asing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Pusingan kedua:
(a) Kedua-dua pemain mengisikan buah semula ke dalam kampungnya.
(b) Jika didapati seorang itu kekurangan buah, kampung yang kurang itu dianggap "terbakar".

Saya gemar main congkak.Congkak adalah sesuatu permainan yang baik dan senang untuk main.

Tuesday, July 15, 2008

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Saya suka main congak juga.Saya bermain permainan congkak dengan adik-beradik saya bila saya ada masa.

Thursday, July 3, 2008

Sepak Takraw

Sepak adalah sebuah jenis permainan tradisional melayu.Orang di Malaysia,Thailand,Singapura dan di Indonesia.Ini ialah sebuah permainan yang suka bermain.Orang bermain sepak takraw dengan menggunakan bola rattan.Bola sepak takraw ialah berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.Bola itu diperbuat dari satu lapis rotan atu fiber sinetik.Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain.Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong.Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan..1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T-shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai track suits.
6.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar)
6.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan.6.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya.
6.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.