Thursday, January 29, 2009

karangan 2

Sepatu Merah


Hari ini ialah hari lahir saya.Ibu bapa saya telah membuat keputusan untuk menyambut hari lahir saya di taman East Coast.Mereka juga mengajak saudara-mara dan kawan-kawan mereka untuk menyambut hari lahir saya.Apabila,semua orang sedang menyambut hari lahir saya,saya teringat tentang peristiwa yang berlaku pada tahun yang lalu.Pada hari jadi saya yang lalu,ada peristiwa yang buruk yang berlaku.Peristiwa itu sungguh menyedihkan saya dan tidak boleh saya dapat melupai.

Pada tahun yang lalu,saya menyambut hari lahir saya dengan rakan-rakan saya di taman Pasir Ris.Ibu bapa saya memeberikan izin kepada saya untuk menyambut hari jadi dengan kawan-kawan.Kita pergi ke taman pasir ris kerana suasana di sana baik dan ia gerek di sana.Kawan baik saya Syafie,Alif,Hafiz,Hakim dan Saiful semua tiba ke tempat itu cepat-cepat.Mereka datang dan memberikan saya hadiah untuk hari jadi saya.Saya berasa gembira.Tetapi saya sedang tunggu untuk lagi satu oranG.Dia ialah penting kepada saya.Dia ialah Yusof.Yusof ialah rakan yang paling baik untuk saya.Saya telah belajar bersama dia dari darjah tiga.Selepas lima minit,Yusof sampai.Dia juga membawa hadiah.Saya berasa sungguh gembira.Saya bercakap-cakap dengan Yusof sampai jam sudah sedia untuk potong kek..Semua sudah menyediakan kek.Sekarang saya perlu potong kek itu sahaja.Selepas saya potong kek pada kali yang pertama,saya memberi kek itu kepada Yusof.Yusof pun makan.Selepas makan kek dan semua,semua orang main-main di taman itu.Semua orang telah gembira dengan parti hari jadi saya.Parti habis pukul 10pm.semua pun berjalan dari tempat itu.

Saya balik dengan Yusof selepas parti itu.Kita bercakap-cakap sampai berjalan ke perhentian bus.Apabila saya sedang menunggu bas,Yusof memberitahu saya yang dia mahu pergi ke kedai mama yang ialah di belakang bus stop.Dia perlu berlintas.Apabila sedang berlintas,dia dilanggar oleh sebuah kereta.Saya terperanjat.Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat.Saya cepat angkat tangan untuk teksi.Dengan segera,kita bawa dia ke hospital.Di hospital,doktor memanggil ibu bapa Yusof dan ibu bapa saya.Semua orang tiba selepas setengah jam.Selepas memeriksa Yusof,doktor memberitahu kita yang Yusof telah meninggal duniA.Ibu bapa Yusof menangis.Saya berdiri di sana terperanjat..Saya tidak boleh cakap satu perkataan pun.Saya menangis sampai tidak boleh berhenti.Keesokkan hari,semua orang pergi ke kubur Yusof dan tanamkan dia.Saya pun ikut.Saya amat sedih.

Selepas beberapa hari,saya pergi buka hadiah saya.Saya membuka hadiah yang Yusof membelikan untuk saya.Selepas saya buka,saya melihat yang Yusof telah membelikan saya sebuah kasut NIKE yang berwarna merah.Saya pernah bilang Yusof yang kasut itu ialah pilihan saya.Dari hari yang Yusof mati,saya telah menyimpan kasut itu sebagai untuk mengingat Yusof.Saya akan menyimpan kasut merah itu supaya tidak melupakan Yusof dan kasut itu ialah hadiah yang terbesar untuk saya.

No comments: