Thursday, February 12, 2009

Melestarikan Budaya Warisan Bangsa

Di dalam negeri melayu,kita mendapati banyak bangsa.Empat bangsa yang berada di singapura ialah Melayu,India,Cina dan Ingerris.Bangsa itu adalah jenis manusia daripada satu asal keturunan.Di singapura,ada banyak cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa.Semua banyak ada cara mereka yang boleh dilakukan untuk melestarikan budaya warisan bangsa mereka.Sekarang kita perlu menonton bangsa kami,ia itu Melayu.Bangsa melayu ada banyak cara kita sendiri untuk melestarikan budaya.Budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal.Warisan pula merupakan peninggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa.Essei yang akan ditulis oleh kami akan membincangkan bagaimana budaya itu dapat dilestarikan.


Dalam segi kesenian kita dapat tarian,silat,lukisan batik dan tekstil.Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Ialah weapon tradisional.


Tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian.Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di tanah semanjung melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.


Batik merujuk kepada hiasan kain dengan menggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik Batik telah diketahui lebih sedekad (millennium), kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan Malaysia. Kata Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Melayu "titik". Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu dan khususnya Jawa, sejak lama yang merangkumi negara ASEAN, tetapi turut juga terdapat di negara-negara lain pada masa kini. Sesetengahnya merupakan pengaruh dari alam Melayu seperti di Belanda [1], sementara yang lain merupakan tradisi yang sedia ada di kawasan tersebut. Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.


Tekstil merupakan bahan fleksibel yang diperbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, dan cara pressing. Istilah tekstil dalam pemakaiannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah kain. Namun ada sedikit perbezaan di antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang diperbuat daripada tenunan benang, sedangkan kain merupakan hasil jadinya, yang sudah biasa digunakan.
Dari segi bahasa,kita dapat banyak contoh pantun,puisi,kata hikmah dan peribahasa. Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu. Perkataan yang berkaitan sirih pinang banyak digunakan di dalam pantun, puisi, pepatah dan gurindam serta bidalan Melayu. Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Peribahasa pula mengandungi bidalan, pepatah, perumpamaan dan pembilang atau disebut juga, kata orang tua-tua. Di dalam peribahasa terkandung cakap-cakap bijaksana bagi menggambarkan pengalaman hidup. Ianya selalu disebut-sebut, lalu dipakai untuk menjadi sebagai bandingan, tauladan dan pengajaran.

Dari segi peradaban,kita ada perkahwinan dan hormat-menghormati.Kita perlu menghormati orang yang lebih tua dari kita.Mereka ialah lebih tua kerana itu kita perlu menghormati.Untuk menghormati orang tua,kita perlu salam mereka,jgn biadab dengan mereka dengan menggunakan perkataan yang kasar.Perkahwinan pada zaman sekarang ialah moden tetapi cara-caranya masih sama dengan zaman dahulu.

Ini ialah cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa.Saya harap yang semua remaja akan melestarikan budaya warisan bangsa.

Sekian Terima kasih.